Sunday, July 19, 2009

Duty @ Malam Pengenalan BSMM

Bulan Sabit Merah Kolej Keris Mas ade wat event
MALAM PENGENALAN DET88H KOLEJ KERIS MAS
so technical crew anta 6 org
2 seniors & 4 juniors
dapat makan nasik ayam siottt...hihi( ni pun nk kecos kan? )
mesti r coz budak2 laen dpt kueh jew
Ketua pengarah malam pengenalan ni Nurul ( sU korunk..kalau x kenal siap r ! ) huhu
sedih gak sOb3 x dapat join technical malam tu...
akibatnye gambar aku x de dgn diorg...huaaa~


ni la gambar kat konti...hazirah sebok jew padahal bukn technical crew pun mlm tu....die technical BSMM....x suker3


ni 2 org lagi juniors duk blakang ngan abg wahab~



tengok2...diorg leh gelak2 plak...sedangkan aku kena berlagak control2 duk ngan vip kat sofa....uhhh sgt terseksa





disediakan oleh,
Nurul Nadiah ( sU technical crew )
disebabkan gmbar aku x de...adelah amat penting aku nk mencelah disini...hihi

Saturday, July 11, 2009

Kerja Teknikal

Tadi Saudari Nurul ade bagitau yang ade pelajar baru yang tanye kerje2 Unit Teknikal KKM ni buat pe je?
Kalo die bace blog ni, sebenarnye Unit Teknikal KKM akan buat kerje2 yang berkaitan dengan 'sound system' macam setting speaker, mikrofon dan sebagainye..
Selain tuh Unit Teknikal jugak akan buat kerja2 yang bersangkut paut dengan persiapan 'sound system' tu jugak macam set up pentas untuk mic stand mase acare2 yang tertentu..
Kepada pelajar2 baru, meh join teknikal sebab kalo masuk secara automatik anda akan terlibat dengan semua aktiviti kolej sama ada yang acara besar seperti Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) ataupun Dinner Kolej mahupun event2 kecil yang banyak akan diadakan sepanjang tahun..
Penglibatan anda adalah penting untuk merit dan mengelakkan anda dipindah kolej..

p/s: ade can gak kalo nak jadik PC

Kenali Orang-orang Kuat Teknikal

inilah gabungan mantap antara saudara Ismail n saudara Paan


p/s : aku curik gmbr ni dlm facebook....

Wednesday, July 8, 2009

Minit Mesyuarat Pertama Sesi 09/10

Perkara-perkara Berbangkit
  • perlantikan pengerusi dan timbalan pengerusi teknikal baru
  • tshirt
  • rekrut ahli2 baru seramai 10 orang lelaki
  • lawatan
  • tugasan bermula - Malam Pengenalan Detachment 88H & Malam SPKG
  • usaha untuk menjadikan unit teknikal sbg kelab berdaftar
  • gotong-royong membersihkan bilik konti hak milik teknikal

Tahniah Buat Ismail Dan Farhan

salam semua...

sekalung tahniah daripada anak2 buah kalian di atas perlantikan kalian berdua sebagai jawatankuasa tertinggi unit teknikal kkm sesi 09/10...

Pengerusi teknikal - Ismail Hanafi

Timbalan pengerusi - Mohd Farhan

anak2 buah kamu sentiasa menyokong kalian depan belakang kiri dan kanan...

APA YANG PENTING ?
kerjasama~



cik taip2,
nurul nadiah

Tuesday, July 7, 2009

Start Semester Baru

Sebenarnya blog teknikal ni diupdate di atas permintaan ramai. Walaubagaimanapun, harap maklum bahawa aku tidak akan update lagi pasal Genting Part 4 sebab kebanyakan scenes aku dah lupa..haha..

Apa yang nak dijadikan cerita di sini ialah bermulanya semester yang baru ini, ahli2 unit teknikal bercadang untuk merekrut ahli2 yang baru dari golongan mereka yang baru mendaftarkan diri ke Kolej Keris Mas. Pun begitu, disebabkan hanya terdapat 5 orang ahli teknikal sahaja sepanjang minggu mesra pelajar yang lepas, ditambah pula dengan aku dan Pika yang tak sihat, maka unit teknikal tidak dapat menjalankan promosi besar-besaran untuk merekrut anggota-anggota baru.

Disebabkan hal ini, Saudari Nurul telah mancadangkan bahawa diadakan Mesyuarat Agung terlebih dahulu sebelum ahli2 baru direkrut dengan cara yang paling mudah iaitu menampal poster di setiap blok.

Mesyuarat Agung tersebut pula akan diadakan di kafe pada 7 Julai 2009 bermula jam 9 malam. So kepada ahli2 teknikal yang terbace ni, jangan nak ngelat lelebih..

Friday, April 10, 2009

Journey to Genting: Part 3

Oleh sebab permintaan yang menggalakkan daripada ahli kelab teknikal, maka inilah dia part 3 untuk Journey To Genting.

Selepas menaiki space shot, ahli2 kelab menuju ke tempat membiaknye Dinosour2 yang katenye telah pupus. Di situ ahli2 kelab telah menaiki bot yang amat perlahan sambil memberi makan ikan yang mungkin telah kebosanan kerana hanya disajikan makanan yang sama setiap hari..(hmm...) Saudara Paan ada juga menghubungi Mail yang katanya telah sampai ke stesen bas dan sedang beratur untuk menaiki cable car. Saudari Pika dan Anis pula sibuk ingin mendengar caller ringtone Mail iaitu lagu Puspa nyanyian ST12. Sepanjang menaiki bot menyusuri sungai Dinosour, ahli2 kelab ditemani oleh sebuah keluarga Chinese yang baik kerana menawarkan bantuannya untuk mengambil gambar ahli2 kelab yang kemaruk kamera.(betul3...)

Di dalam gua Dinosour pula, ahli2 kelab di kejutkan dengan jeritan anak kepada pasangan Chinese tadi yang ketakutan kerana melihat Dinosour di sebelahnye. Keluar sahaja daripada gua itu dan turun daripada bot, ahli2 kelab naik pula ke bukit dinosour dan meniti di titian gantung Dinosour..(Harus diingat, setiap aktiviti diselang seli dengan mengambil gambar..)

Kemudian, ahli2 kelab manecuba pula ferris wheel yang mungkin mambosankan. Walaupun begitu kerana penangan space shot sebentar td, terdapat ahli2 kelab yang berasa gayat walaupun hanya menaiki ferris wheel yang taklah setinggi mane.
Setelah turun dengan muka yang bosan (walaupun ceria mengambil gambar) ahli2 kelab terus menerus menunggu kehadiran Mail diselang-seli dengan shot menarik dengan Enchik Mat Kool..

Akhirnya, saudara Ismail sampai dengan dijemput oleh Paan dan Ariff.(Hoyeah!!) Permainan pertama yang dimain oleh Mail ialah kereta kecik yang turun bukit..(ye ke??) Apa yang penting, saudara Ariff tidak dapat bermain permainan tersebut kerana beratnya yang melampau dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.(ahaha..sungguh kasihan..)

Permainan seterusnya yang diamainkan oleh ahli2 kelab ialah bot yang perlu dikayuh-kayuh..(pandai je aku reka..) Saudara Ariff sangat gembira kerana beratnya tidak melebihi syarat yang telah ditetapkan oleh pengurusan Genting..(eh?) Walaupun gembira berkayuh-kayuhan, ahli2 kelab tidak bermain lama kerana kepenatan serta kasihan melihat Saudari Hazzy yang menunggu di tebing..(die tak nak main..)

Seterusnya, ahli2 kelab menuju ke arah bas London yang berwarna merah dan mengambil gambar sehabis boleh di situ. Arah tuju yang berikutnya pula ialah Roller Coaster! Menaiki roller coaster sungguh mengujakan kerana semua ahli kelab manjerit semahunya. Tidak cukup dengan permainan ekstrem tersebut, saudara Mail ingin mencuba pula permainan space shot kerana beliau masih belum merasa permainan tersebut. Namun tiada siapa yang sanggup menemani beliau termasuklah saudara Ariff yang sebelum ini berkata : "Takpe, lepas ni aku teman ah Mail.." (teman kerr??)

Sementara itu, saudara Faiz dan Syafiq telah hilang secara tiba2 dan rupa2nya mereka telah pergi memanah tanpa pengetahuan ramai. Berjumpa sahaja mereka, ahli2 kelab bergegas pula ke permainan Kapal Yang Amat Besar Dan Berayun-ayun atau singkatannya KaYABDaB..(memang carik pasal..) Mereka yang naik dan duduk di tengah masih sempat bergelak tertawa ttp mereka yang naik dan ddk di belakang kelihatan takut kerana kegayatan. (Terutamanya Mail..)

Seterusnya, dek kerana masih tidak puas mengambil gambar dengan bas London, ahli2 kelab meneruskan sesi penggambaran dengan bas tersebut. Pada saat itu, kabus sudah semakin tebal sehinggakan jarak penglihatan adalah amat terhad..(pehh..ayat berite nih..)Walaupun begitu, ahli2 kelab tetap ceria mengambil gambar kerana gambar yang diambil seolah2 berada di London..(ye la tuh..)

Destinasi berikutnya? Tunggu keluaran akan datnag..harap bersabar dan banyakkan berselawat..



Monday, April 6, 2009

Mereka..Diedit oleh Paan..


ismail..cari di manakah muka beliau??


siapa mereka??sungguh tidak patut..



Wednesday, April 1, 2009

Journey to Genting: Part 2

Perjalanan ke Genting merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Terutamanya saudara Arif yang kelihatan sangat teruja. Sampai sahaja ke stesen bas Genting, ahli kelab berjalan pula ke tingkat 3 untuk menaiki Kereta Kabel ke puncak Genting. Tetapi sebelum itu terdapat juga ahli yang sempat mengeluarkan duit dan tidak kurang juga yang tidak habis2 mengambil gambar..(takde keje..). Setelah itu barulah ahli kelab manaiki kareta kabel. Apa yang ahli2 kelab kurang senang ialah hanya 6 orang shaja yang dapat naik kereta kabel yang sama manakala Faiz dan Syafiq terpaksa menaiki kereta kabel yang berlainan.

Terdapat juga peristiwa kurang menyenangkan yang berlaku semasa ahli2 kelab manaiki kereta kabel iaitu apabila terdapat ahli2 kelab yang ditegur secara suka hati oleh dua orang chinese warga emas yang turut menaiki godola yang sama kerana ahli2 bising dan mengambil gambar.
Ayat yang keluar daripada mulut wanita tersebut ialah, "Can you please sit still?? Dont you see the instruction?"
Ahli2 kelab mula menunjukkan muka hairan mereka kerana apabila dicari, tidak terdapat pula arahan yang menyatakan bahawa setiap penumpang perlu duduk dengan diam sahaja. Arahan yang ada hanyalah supaya penumpang tidak menggoyang (berayun) semasa beada di dalam gondola. Walaupun begitu, ahli2 kelab tetap mengambil gambar dengan suka hatinya dan hanya menganggap kedua-dua Chinese tersebut gayat kerana tulang mereka yang telah rapuh..(ini adalah fakta..: tulang rapuh adalah punca seseorang gayat..harap maklum..)

Sampai sahaja di puncak Genting, Chinese yang kedua pula yang buka mulut apabila mengarahkan Pika turun dengan cepat sedangkan pintu gondola masih belum dbuka. Pika dengan muka masamnya turun dan merepek untuk seketika.(haha..) Di Genting, ahli2 kelab sedikit teraba-raba kerana tidak tahu arah yang ingiin dituju. Bahkan saudara Faiz sekalipun sudah lupa akan jalan yang perlu diikut. Akhirnya ahli2 kelab hanya berjalan tanpa hala tuju sehingga berjumpa dengan pintu masuk ke taman tema.(hoyeah...!!!) Walaupun telah sampai terlebih dahulu, ahli2 kelab tetap teringatkan saudara Mail yang belum sampai dan perkembangan beliau dari semasa ke semasa telah dipantau..(ecey...).

Di taman tema, permainan pertama yang dimain oleh ahli2 kelab ialah buaian yang berpusing-pusing..(haha..) Walaupun hanya sejenis permainan yang biasa, terdapat juga ahli2 kelab yang pening selepas bermain permainan tersebut. Kemudian, ahli2 kelab masuk pula ke chocholate wonderland..(ye ke??) Dalam tu bukannya nak beli choc tapi nak amik gambar je..punye la banyak pose yang dibuat ahli kelab di dalam 'kedai' tersebut.

Seterusnya ialah go-kart. Pada mulanya ahli2 kelab ingin bermain go- kart namun disebabkan ramai sangat orang yang menunggu, hasrat tersebut telah dibatalkan. Setelah itu, kerana saudara Arif yang tidak puas hati disebabkan hanya sedikit permainan yang dimain, maka beliau terus menuju ke arah permainan 'space shot'. Ahli2 yang lain bercadang untuk menunggu saudara Mail terlebih dahulu sebelum bermain permainan yang 'gila-gila' namun saudara Arif mengatakan, "Takpe, lepas ni aku teman ah Mail..".(tak boleh....BELAH..) Setelah beratur beberapa ketika, akhirnya ahli2 kelab dapat bermain space shot tersebut. Sementara menunggu di 'atas' sana, Pika dan Hazzy masih sempat berbual tentang keindahan panorama yang dilihat mereka..(haha..) Walaupun begitu, setelah dilepaskan, sudah tidak kedengaran suara merekan lagi..termasuklah Paan yang tak mampu menjerit langsung sehingga 'bounce' yang ketiga..(hahaha...).
Selepas itu, semua ahli kelab sudah takut untuk bermain 'space shot' lagi.

-Tamat Part 2-
(bile nak abis nih....)

Friday, March 27, 2009

Journey to Genting: Part 1


Nak dijadikan ceritera, pada hari ahad bersamaan dengan 22 Mac 2009, ahli2 kelab teknikal kolej keris mas telah pergi ke Genting secara beramai-ramai. Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli yang tidak dapat menghadirkan diri kerana pergi kem di Pulau Pangkor. Aktiviti ini boleh dikatakan sesuatu yang berjaya kerana sebelum nih kalo bnerbincang pasal nak gi Genting je sume main2 je..macam na tak nak je pegi..(haha..) So hari Ahad tu dimulakan dengan mesej daripada saudari Nurul yang mengingatkan ahli kelab supaya bangun dan bersiap kerana ahli2 kelab perlu menunggu bas di kafe pada jam 8 pagi.

Orang yang pertama turun pada hari tu ialah Paan yang bersemangat bajet nak kuar duit dulu sebelum bertolak. Namun nasib Paan agak malang kerana kad b
eliau telah ditelan dengan lahapnye tanpa sebarang amaran oleh mesin ATM kolej keris mas. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana mesin ATM tersebut masih belum bersarapan pagi lagi dan kad Paan menjadi menu pertama 'beliau'. Selepas itu turunlah ahli2 lain seperti Anis, Pika, Nurul, Arif, Hazzy dan Syafiq. Saudara Ismail @ Mail pula akan pergi lewat sedikait kerana beliau terpaksa menghadiri simulasi Softball beliau..(cian Mail..). Paan lak terpaksa pegi dengan poket kosong..(kesian kat Paan tak??)

Selepas beberapa ahli bersarapan, proses penungguan bas pun berlaku..(proses ker??) Tapi apa yang menjadi persoalan ialah kelibat Faiz (pemegang tiket2 ahli kelab) yang masih belum kelihatan. Apabila ditanya, saudara Paan mengatakan bahawa beliau sudah mengejut Faiz dan jawapan daripada beliau ialah: "Dah, aku siap berjogging kat stadium lagi.."(ayat yang sungguh tidak boleh belah..) Rupa-rupanya beliau bangun lewat dan rakan beliau akan menghantar beliau ke Stesen bas Kajang.

Berbalik kepada penungguan bas tadi. Sementara menunggu bas, ahli2 perempuan sibuk pula mengambil gambar.(bese la kan..perempuan...) Penantian menjadi semakin tidak selesa apabila bas Rapid Key Ell yang dirunggu tidak kunjung tiba. Jadi akhirnya ahli2
kelab memutuskan untuk menaiki bas Zon 6 dan turun di luar UKM untuk menunggu bas lain ke Kajang. Namun pagi yang sejuk bertukar menjadi 'panas' apabila pemandu bas terbabit (nama bas dirahsiakan) memandu dengan amat, amat, amat, amat, amat dan amat perlahan. Boleh dikatakan sekiranya ada seekor siput sedut berjalan di sebelah bas itu sambil bersarapan pagi pun masih boleh memotong bas yang dinaiki ahli2 kelab.(ish3...) Sampai sahaja di kolej Zaaba, ahli2 kelab terserempak dengan bas Rapid Key Ell yang ditunggu-tunggu..(bayangkan lembabnye bas Zon 6 tuh..adeyh..). Jadi ahli2 kelab pun turun la di Fkejut untuk menunggu bas Rapid pula. Dengan pemandu bas Rapid yang memandu dengan kelajuan 3x10^8 meter sejam, (pehh..kelajuan cahaya neh..) ahli2 kelab berjaya tiba di Stesen bas kajang pada jam 9 suku pagi. (nasib je sempat, kalo tak nangis da dak2 perempuan..haha..) Sampai di sana pula, ahli2 kelab terpaksa pula menunggu Faiz datang dan saudari Pika pula menderita dengan kakinya yang melecet.(huhu) Sampai sahaja saudara Faiz, ahli2 kelab terus menaiki bas menuju ke Genting, bandar keriangan..(Hoyeah!!)

Berikut merupakan caption2 menarik sepanjang Journey to Genting Part 1:

Mereka yang bergelar wanita masih sempat bergambar



Keresahan ahli2 lelaki menunggu bas


Mereka yang keresahan di dalam bas yang amat perlahan


Akhirnya menaiki bas ke Genting


Arif yang menunjukkan kegembiraan beliau

Thursday, March 26, 2009

duty annual dinner bsmm kolej keris mas

salam.....to all especiaLLy to kek coklat yang tersayang(...erk)
malam ni ade annual dinner kat bilik bankuasi(banquet)...teknikal antar wakil dua orang yg penuh berkaliber terlebih dedikasi...jeng jeng jeng.....sape lagi kalau bukan paan and mael...yelah org2 yang dah merasa konti dectar siotttt...huhu....

ade due org lagi ahli teknikal...huhu chik2 tulis yang tomey2 lah...sape lagi kalau bukan hazzy and nurul...wiiii...(",)
kitorang technical under bsmm....huuu
semuanyer berjalan dgn lancar cume x berapa sempurna bila hazzy salah bawak pendrive...hahaha...berpeluh ko....hihi
dan paling best...MAKAN TYME>>
macam biase la...,kitorang berkumpul same2 n makan same2....makan kek pun ader taw....

along jangan marah yer...KFC ader untuk mu di kemudian hari...hehehe....(erk,,...)

k la bubbye

Friday, March 20, 2009

Berehat Panjang Jom..

Semua orang sekarang neh tengah termengah-mengah dek kerana penat menguruskan Dinner KKM. Nak kate banyak keje sangat tu tak la sangat tapi cume perlu rush ke sana ke mari. Tambahan pula ahli teknikal yang memegang post penting macam Paan ngan Pika. Paan jage audio manakale saudari Pika menjage lampu. (pengarah lighting kot..haha).

Neway, semuanya berjalan seperti yang diharapkan walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul semasa dinner kedua. Kesian tengok Syikin terjerit-jerit gune walkie talkie die yang comel tuh.(haha)

Oleh kerana penat yang boleh tahan, ahli kelab ni bercadang nak pegi Genting bersuka ria sambil menggeletarka badan kerana kesejukan.(eh mende la aku nih)..Tapi yang penting duit tambang telah diserahkan kepada Faiz supaya beliau membelikan tiket untuk ahli2 lain. Yang penting apa sahaja yang ditugaskan kepada Faiz akan dibalas dengan ayat, "Boleh.." ataupun, "Beres"..(anis pandai ajuk..)

Harap maap kerana entry untuk Dinner kolej masih tak dapat nak dimasukkan memandangkan kekangan masa dan assemen.(poyo..macam nak wat tesis lak..) Lagipun, kalo nak tulis pasal Dinner mmg panjang. So, kepada kek coklat, (erk..) sila sabar menanti entry pasal Dinner (dan juga gambar..)

Ayoh kita ke GENTING!!(Hoyeah!!)

"Ku gembira sentiasa..
badanku sihat dan kuat..(hoyeah..)
biar panas atau SEJUK..
ku bermain penuh minat..
berlari, melompat sini sana..
Scott Emulsion membantu saya.."

Nyanyi ah weh..penat aku tulis..
p/s: Sejuk dibesarkan kerana kite nak gi Genting..(haha)

Friday, March 13, 2009

malam reherseal kat dectar

salam...hye semua...sekarang ni paan kat depan dgn syafiq tgh control audio....papa n mama tgh sebuk wat bunga rose...along td jadi pengetua jap...huhu...bapak jd perasmi kottt....hezi dgn muka mengantuk...huhu...iman plak jadi perasmi separuh jalan...hehe..aku???menaip la..

td kan macam2 berlaku...naek motor same2..makan same2....huhu best mcm satu family...tadikan pika jatuh...cian die..lenguh kaki die..tp die tak sapu minyak lagi...

herm malam ni balik kul bape la erk???

td kan konon kata petang kumpul semua ajk tutun padang same2 bekerjasama untuk menyusun dan setup dectar....tp post siaraya seperti biasa tidak pernah mengecewakan mana2 pihak pun....hurm....pusing2 meja macam bawak stereng keta...angkat besi,susun kerusi macam org giler..hehe....serius tension...bapak cakap tu bukan keje kite.,kan mama???

Thursday, March 12, 2009

uncounted blessingz



KELUARGA KITA



Whenever we gather together,

The words are easy to find,

And love speaks a common language

When people have ties that bind.

We don't always say what we're feeling

As often as families should;

We don't count our blessings out loud,

But somehow they're understood.

We know that we're thankful for living

With the comfort of each other's care;

We're grateful for memories and stories,

And the jokes that our family shares.

We might leave a promise unspoken,

But we know that we're loyal and true;

We can count on companions through life,

In the sunshine and shadows, too.

We might show some special attention

To a stranger, acquaintance, or guest,

But we never forget in our hearts

About those that we really love best.

These blessings can never be counted

Like money or gold dividends;

They can only be shared as the love

That exists when friends are families.


~by Wendy Hinson

edited by Nurul Nadiah

Happy Bday Hazirah...!!

Dah bday Hazirah...hari ni 12/3/09 merupakan hari jadi Chik Timbalan Tulis-tulis..semua ahli kelab dah wish bday kat die walopun dalam konti je.(haha.).yang penting Hazirah dah 20 tahun..takde nak makan2 eskrem lagi dah.(lol..) Hazirah juge semangat wat lab repot die dalam konti mase malam rehearsal neh.nasib baik ade pakar2 kimia yang menolong beliau menyelesaikan masalah2 yang berkenaan..(pehhh...) Sape lagi pakar2 tersebut kalo bukan Paan, Anis, Nurul,Pika dan Papa (Mail la...).

Semua orang sebenarnye tengah tensen neh. Rehearsal tak nak panjang sangat plak..dengan asik2 kene sound je..muke sesekor dah penat..(huhu...) Neway kitorang kerje tetap kerje. Bak kate Bapak, yang penting Kerjasama!!(hoyeah!!)


Wednesday, March 11, 2009

gelaran-gelaran keluarga KAMI





PENGARAH
WAN MUHAMMAD ARIF
BAPAK




TIMB PENGARAH & EXCO

ISMAIL & MOHAMAD FARHAN


PAPA & SI KACHAKKK



NAIB SETIAUSAHA & SETIAUSAHA

HAZIRAH & NURUL NADIAH

CHIK TULIS-TULIS YANG TOMEY2



EXCO & BENDAHARI
ANIS FADHILAH & NORSYAFIQAH

CHIK CHANTEQ & CHIK KIRE-KIRE


EXCO-EXCO KACHAK
MUHYIDDIN & FAIZ

DINN & ALONG



EXCO KACHAK
MOHD SYAFIQ CHIN

SYAFIQ CUTE






EXCO KACHAKK

MUHAMMAD IMANUDDIN

ABG MACHO & MANJE

~cik thulis2 yang tomey~

huhu....cayang keluarga kite


Sibuk, menggelabah dan...

Sekarang ni adalah mase di mane semua ahli teknikal sedang sibuk dengan mid sem dan sebagainyer. Tanpa diundang pula semua ahli kelab ini disibukkan pula dengan kehadiran dinner Kolej Keris Mas. Tapi dengan rasa yang penuh tanggungjawab (huiyo...) tidaklah didengari sebarang rungutan daripada ahli-ahli kelab teknikal ini.

Kesibukan bermula apabila semua ahli kelab diwajibkan turun ke dewan pada 09/03 (hari Senin ye..) untuk briefing rehearsal dinner kolej. Antara ahli yang manghadirkan diri ialah Arif, Paan, Pika, Anis, Hazzy, Nurul, Syafiq dan Din. Ahli yang tidak dapat hadir pula ialah Iman (kampung banjir), Mail (mid sem..) dan Faiz (mengade..). Briefing start lewat sebab ramai yang lambat datang. Alang dengan ketegasan beliau telah memberi amaran kepada semua AJK pelaksana supaya datang awal pada hari2 yang mendatang.(pehh..ayat...).

Namun apa yang dikatakan 'tidak boleh belah' di sini ialah apabila Alang mengatakan bahawa beliau akan melempang sesiapa yang tidak dapat menjawab soalan beliau tentang tentatif program yang akan dijalankan. Saudari Hazzy dengan menggelabahnye menulis semua yang dikatekan oleh Alang dan ahli2 lelaki hanye tergelak melihat muke2 ahli2 perempuan menjadi pucat lesi bagaikan mayat hendaknye..(hahaha..) Akhirnye apa yang dikatakan oleh Alang itu tidak dilaksanakan kerana kata Alang,"Saya tak la kejam sangat". Ketika itu sajalah ahli2 lelaki dapat melihat darah kembali mengisi muke2 ahli2 perempan.(hahaha..gelak2...)

Malam kedua pula, Selase malam. Semua ahli dapat menghadirkan diri walaupun ade yang datang lewat seperti saudara Paan.(ala..yang ensem tuh..) Tapi rehearsal tetap bermula lewat kerana berlakunye overlap (bak kate Shikin..). Apabila rehearsal telah bermule, hanya Arif seorang sahaje yang bertugas manakala ahli2 lain sedang sibuk di belakang dewan 'berbincang' tentang perkara2 berbangkit.(ye kerr...) Ahli2 teknikal juga agak tergamam apabila secara tiba2 dimarahi oleh Shikin yang bengang kerana mereka tidak memberikan perhatian penuh kepada perjalanan rehearsal.(gulp...)

Rehearsal telah tamat pada jam 12.35 pagi dan ahli2 kelab mula mengemas barang dan pulang ke bilik untuk berhibernasi.(cam beruang lak...)





Sunday, March 8, 2009

Lawatan @ Percutian Sehari ke Genting..

Beberapa ketika yang lalu, saudari Nurul telah mencadangkan agar kelab ini melakukan lawatan ketika cuti hujung semester. Cadangan beliau mulenye telah dibincangkan di group friendster dengan pelbagai cadangan untuk berjalan-jalan ke utara tanah air dan sebagainyer. Walaubagaimanepun, perbincangan yang sebenar telah berlaku di kafe KKM 2 minggu yang lalu dengan penuh kehangatan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan ditambah dengan jemputan Pika ke kenduri kahwin kakak beliau.

Cadangan daripada Arif ialah tido di rumah beliau sehari sebelum kenduri dan hari berikutnya jalan-jalan ke Melaka. Tetapi itu hanya satu cadangan je, tidak termasuk cadangan saudara paan, saudari anis, saudara mail dan ahli2 yang lain. Apa yang dikatakan tidak boleh belah di sini ialah apabila perbincangan diakhiri dengan cadangan agar lawatan ke Genting dilakukan pada masa sume ahli kelab masih ade di kolej. Hal ini bagi mengelakkan ahli yang tidak dapat meng'join'kan diri dalam lawatan tersebut. Cadangan terakhir yang didengar dari mulut Arif ialah lawatan dibuat pada hari Sabtu sebelum study week.

Hari ini pula,7/3/09, terdapat ura2 mengatekan bahawa ada ahli yang memberikan cadangan supaye tarikh lawatan dicepatkan ke penghujung bulan 3 kerana mereka khuatir akan sibuk dengan 'study'. Jadi kelab teknikal ini memerlukan kata putus daripada semua ahli supaya angan2 kite kite nak gi GENTING dan main roller coaster akan menjadi nyata...

Harap Maaf

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, segala entry yang telah dipublishkan sebelum ini telah terpadam. Jadi kepada ahli kelab yang merasakan entry mereka adalah penting, diharapkan agar mengpublish semula entry anda.