Sebenarnya blog teknikal ni diupdate di atas permintaan ramai. Walaubagaimanapun, harap maklum bahawa aku tidak akan update lagi pasal Genting Part 4 sebab kebanyakan scenes aku dah lupa..haha..
Apa yang nak dijadikan cerita di sini ialah bermulanya semester yang baru ini, ahli2 unit teknikal bercadang untuk merekrut ahli2 yang baru dari golongan mereka yang baru mendaftarkan diri ke Kolej Keris Mas. Pun begitu, disebabkan hanya terdapat 5 orang ahli teknikal sahaja sepanjang minggu mesra pelajar yang lepas, ditambah pula dengan aku dan Pika yang tak sihat, maka unit teknikal tidak dapat menjalankan promosi besar-besaran untuk merekrut anggota-anggota baru.
Disebabkan hal ini, Saudari Nurul telah mancadangkan bahawa diadakan Mesyuarat Agung terlebih dahulu sebelum ahli2 baru direkrut dengan cara yang paling mudah iaitu menampal poster di setiap blok.
Mesyuarat Agung tersebut pula akan diadakan di kafe pada 7 Julai 2009 bermula jam 9 malam. So kepada ahli2 teknikal yang terbace ni, jangan nak ngelat lelebih..
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang mengomel..:
Post a Comment