Oleh sebab permintaan yang menggalakkan daripada ahli kelab teknikal, maka inilah dia part 3 untuk Journey To Genting.
Selepas menaiki space shot, ahli2 kelab menuju ke tempat membiaknye Dinosour2 yang katenye telah pupus. Di situ ahli2 kelab telah menaiki bot yang amat perlahan sambil memberi makan ikan yang mungkin telah kebosanan kerana hanya disajikan makanan yang sama setiap hari..(hmm...) Saudara Paan ada juga menghubungi Mail yang katanya telah sampai ke stesen bas dan sedang beratur untuk menaiki cable car. Saudari Pika dan Anis pula sibuk ingin mendengar caller ringtone Mail iaitu lagu Puspa nyanyian ST12. Sepanjang menaiki bot menyusuri sungai Dinosour, ahli2 kelab ditemani oleh sebuah keluarga Chinese yang baik kerana menawarkan bantuannya untuk mengambil gambar ahli2 kelab yang kemaruk kamera.(betul3...)
Di dalam gua Dinosour pula, ahli2 kelab di kejutkan dengan jeritan anak kepada pasangan Chinese tadi yang ketakutan kerana melihat Dinosour di sebelahnye. Keluar sahaja daripada gua itu dan turun daripada bot, ahli2 kelab naik pula ke bukit dinosour dan meniti di titian gantung Dinosour..(Harus diingat, setiap aktiviti diselang seli dengan mengambil gambar..)
Kemudian, ahli2 kelab manecuba pula ferris wheel yang mungkin mambosankan. Walaupun begitu kerana penangan space shot sebentar td, terdapat ahli2 kelab yang berasa gayat walaupun hanya menaiki ferris wheel yang taklah setinggi mane.
Setelah turun dengan muka yang bosan (walaupun ceria mengambil gambar) ahli2 kelab terus menerus menunggu kehadiran Mail diselang-seli dengan shot menarik dengan Enchik Mat Kool..
Akhirnya, saudara Ismail sampai dengan dijemput oleh Paan dan Ariff.(Hoyeah!!) Permainan pertama yang dimain oleh Mail ialah kereta kecik yang turun bukit..(ye ke??) Apa yang penting, saudara Ariff tidak dapat bermain permainan tersebut kerana beratnya yang melampau dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan.(ahaha..sungguh kasihan..)
Permainan seterusnya yang diamainkan oleh ahli2 kelab ialah bot yang perlu dikayuh-kayuh..(pandai je aku reka..) Saudara Ariff sangat gembira kerana beratnya tidak melebihi syarat yang telah ditetapkan oleh pengurusan Genting..(eh?) Walaupun gembira berkayuh-kayuhan, ahli2 kelab tidak bermain lama kerana kepenatan serta kasihan melihat Saudari Hazzy yang menunggu di tebing..(die tak nak main..)
Seterusnya, ahli2 kelab menuju ke arah bas London yang berwarna merah dan mengambil gambar sehabis boleh di situ. Arah tuju yang berikutnya pula ialah Roller Coaster! Menaiki roller coaster sungguh mengujakan kerana semua ahli kelab manjerit semahunya. Tidak cukup dengan permainan ekstrem tersebut, saudara Mail ingin mencuba pula permainan space shot kerana beliau masih belum merasa permainan tersebut. Namun tiada siapa yang sanggup menemani beliau termasuklah saudara Ariff yang sebelum ini berkata : "Takpe, lepas ni aku teman ah Mail.." (teman kerr??)
Sementara itu, saudara Faiz dan Syafiq telah hilang secara tiba2 dan rupa2nya mereka telah pergi memanah tanpa pengetahuan ramai. Berjumpa sahaja mereka, ahli2 kelab bergegas pula ke permainan Kapal Yang Amat Besar Dan Berayun-ayun atau singkatannya KaYABDaB..(memang carik pasal..) Mereka yang naik dan duduk di tengah masih sempat bergelak tertawa ttp mereka yang naik dan ddk di belakang kelihatan takut kerana kegayatan. (Terutamanya Mail..)
Seterusnya, dek kerana masih tidak puas mengambil gambar dengan bas London, ahli2 kelab meneruskan sesi penggambaran dengan bas tersebut. Pada saat itu, kabus sudah semakin tebal sehinggakan jarak penglihatan adalah amat terhad..(pehh..ayat berite nih..)Walaupun begitu, ahli2 kelab tetap ceria mengambil gambar kerana gambar yang diambil seolah2 berada di London..(ye la tuh..)
Destinasi berikutnya? Tunggu keluaran akan datnag..harap bersabar dan banyakkan berselawat..
Friday, April 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang mengomel..:
Post a Comment