Perjalanan ke Genting merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Terutamanya saudara Arif yang kelihatan sangat teruja. Sampai sahaja ke stesen bas Genting, ahli kelab berjalan pula ke tingkat 3 untuk menaiki Kereta Kabel ke puncak Genting. Tetapi sebelum itu terdapat juga ahli yang sempat mengeluarkan duit dan tidak kurang juga yang tidak habis2 mengambil gambar..(takde keje..). Setelah itu barulah ahli kelab manaiki kareta kabel. Apa yang ahli2 kelab kurang senang ialah hanya 6 orang shaja yang dapat naik kereta kabel yang sama manakala Faiz dan Syafiq terpaksa menaiki kereta kabel yang berlainan.
Terdapat juga peristiwa kurang menyenangkan yang berlaku semasa ahli2 kelab manaiki kereta kabel iaitu apabila terdapat ahli2 kelab yang ditegur secara suka hati oleh dua orang chinese warga emas yang turut menaiki godola yang sama kerana ahli2 bising dan mengambil gambar.
Ayat yang keluar daripada mulut wanita tersebut ialah, "Can you please sit still?? Dont you see the instruction?"
Ahli2 kelab mula menunjukkan muka hairan mereka kerana apabila dicari, tidak terdapat pula arahan yang menyatakan bahawa setiap penumpang perlu duduk dengan diam sahaja. Arahan yang ada hanyalah supaya penumpang tidak menggoyang (berayun) semasa beada di dalam gondola. Walaupun begitu, ahli2 kelab tetap mengambil gambar dengan suka hatinya dan hanya menganggap kedua-dua Chinese tersebut gayat kerana tulang mereka yang telah rapuh..(ini adalah fakta..: tulang rapuh adalah punca seseorang gayat..harap maklum..)
Sampai sahaja di puncak Genting, Chinese yang kedua pula yang buka mulut apabila mengarahkan Pika turun dengan cepat sedangkan pintu gondola masih belum dbuka. Pika dengan muka masamnya turun dan merepek untuk seketika.(haha..) Di Genting, ahli2 kelab sedikit teraba-raba kerana tidak tahu arah yang ingiin dituju. Bahkan saudara Faiz sekalipun sudah lupa akan jalan yang perlu diikut. Akhirnya ahli2 kelab hanya berjalan tanpa hala tuju sehingga berjumpa dengan pintu masuk ke taman tema.(hoyeah...!!!) Walaupun telah sampai terlebih dahulu, ahli2 kelab tetap teringatkan saudara Mail yang belum sampai dan perkembangan beliau dari semasa ke semasa telah dipantau..(ecey...).
Di taman tema, permainan pertama yang dimain oleh ahli2 kelab ialah buaian yang berpusing-pusing..(haha..) Walaupun hanya sejenis permainan yang biasa, terdapat juga ahli2 kelab yang pening selepas bermain permainan tersebut. Kemudian, ahli2 kelab masuk pula ke chocholate wonderland..(ye ke??) Dalam tu bukannya nak beli choc tapi nak amik gambar je..punye la banyak pose yang dibuat ahli kelab di dalam 'kedai' tersebut.
Seterusnya ialah go-kart. Pada mulanya ahli2 kelab ingin bermain go- kart namun disebabkan ramai sangat orang yang menunggu, hasrat tersebut telah dibatalkan. Setelah itu, kerana saudara Arif yang tidak puas hati disebabkan hanya sedikit permainan yang dimain, maka beliau terus menuju ke arah permainan 'space shot'. Ahli2 yang lain bercadang untuk menunggu saudara Mail terlebih dahulu sebelum bermain permainan yang 'gila-gila' namun saudara Arif mengatakan, "Takpe, lepas ni aku teman ah Mail..".(tak boleh....BELAH..) Setelah beratur beberapa ketika, akhirnya ahli2 kelab dapat bermain space shot tersebut. Sementara menunggu di 'atas' sana, Pika dan Hazzy masih sempat berbual tentang keindahan panorama yang dilihat mereka..(haha..) Walaupun begitu, setelah dilepaskan, sudah tidak kedengaran suara merekan lagi..termasuklah Paan yang tak mampu menjerit langsung sehingga 'bounce' yang ketiga..(hahaha...).
Selepas itu, semua ahli kelab sudah takut untuk bermain 'space shot' lagi.
-Tamat Part 2-
(bile nak abis nih....)
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang mengomel..:
Post a Comment