Sekarang ni adalah mase di mane semua ahli teknikal sedang sibuk dengan mid sem dan sebagainyer. Tanpa diundang pula semua ahli kelab ini disibukkan pula dengan kehadiran dinner Kolej Keris Mas. Tapi dengan rasa yang penuh tanggungjawab (huiyo...) tidaklah didengari sebarang rungutan daripada ahli-ahli kelab teknikal ini.
Kesibukan bermula apabila semua ahli kelab diwajibkan turun ke dewan pada 09/03 (hari Senin ye..) untuk briefing rehearsal dinner kolej. Antara ahli yang manghadirkan diri ialah Arif, Paan, Pika, Anis, Hazzy, Nurul, Syafiq dan Din. Ahli yang tidak dapat hadir pula ialah Iman (kampung banjir), Mail (mid sem..) dan Faiz (mengade..). Briefing start lewat sebab ramai yang lambat datang. Alang dengan ketegasan beliau telah memberi amaran kepada semua AJK pelaksana supaya datang awal pada hari2 yang mendatang.(pehh..ayat...).
Namun apa yang dikatakan 'tidak boleh belah' di sini ialah apabila Alang mengatakan bahawa beliau akan melempang sesiapa yang tidak dapat menjawab soalan beliau tentang tentatif program yang akan dijalankan. Saudari Hazzy dengan menggelabahnye menulis semua yang dikatekan oleh Alang dan ahli2 lelaki hanye tergelak melihat muke2 ahli2 perempuan menjadi pucat lesi bagaikan mayat hendaknye..(hahaha..) Akhirnye apa yang dikatakan oleh Alang itu tidak dilaksanakan kerana kata Alang,"Saya tak la kejam sangat". Ketika itu sajalah ahli2 lelaki dapat melihat darah kembali mengisi muke2 ahli2 perempan.(hahaha..gelak2...)
Malam kedua pula, Selase malam. Semua ahli dapat menghadirkan diri walaupun ade yang datang lewat seperti saudara Paan.(ala..yang ensem tuh..) Tapi rehearsal tetap bermula lewat kerana berlakunye overlap (bak kate Shikin..). Apabila rehearsal telah bermule, hanya Arif seorang sahaje yang bertugas manakala ahli2 lain sedang sibuk di belakang dewan 'berbincang' tentang perkara2 berbangkit.(ye kerr...) Ahli2 teknikal juga agak tergamam apabila secara tiba2 dimarahi oleh Shikin yang bengang kerana mereka tidak memberikan perhatian penuh kepada perjalanan rehearsal.(gulp...)
Rehearsal telah tamat pada jam 12.35 pagi dan ahli2 kelab mula mengemas barang dan pulang ke bilik untuk berhibernasi.(cam beruang lak...)
Wednesday, March 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 orang mengomel..:
Post a Comment