Sunday, March 8, 2009

Lawatan @ Percutian Sehari ke Genting..

Beberapa ketika yang lalu, saudari Nurul telah mencadangkan agar kelab ini melakukan lawatan ketika cuti hujung semester. Cadangan beliau mulenye telah dibincangkan di group friendster dengan pelbagai cadangan untuk berjalan-jalan ke utara tanah air dan sebagainyer. Walaubagaimanepun, perbincangan yang sebenar telah berlaku di kafe KKM 2 minggu yang lalu dengan penuh kehangatan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan ditambah dengan jemputan Pika ke kenduri kahwin kakak beliau.

Cadangan daripada Arif ialah tido di rumah beliau sehari sebelum kenduri dan hari berikutnya jalan-jalan ke Melaka. Tetapi itu hanya satu cadangan je, tidak termasuk cadangan saudara paan, saudari anis, saudara mail dan ahli2 yang lain. Apa yang dikatakan tidak boleh belah di sini ialah apabila perbincangan diakhiri dengan cadangan agar lawatan ke Genting dilakukan pada masa sume ahli kelab masih ade di kolej. Hal ini bagi mengelakkan ahli yang tidak dapat meng'join'kan diri dalam lawatan tersebut. Cadangan terakhir yang didengar dari mulut Arif ialah lawatan dibuat pada hari Sabtu sebelum study week.

Hari ini pula,7/3/09, terdapat ura2 mengatekan bahawa ada ahli yang memberikan cadangan supaye tarikh lawatan dicepatkan ke penghujung bulan 3 kerana mereka khuatir akan sibuk dengan 'study'. Jadi kelab teknikal ini memerlukan kata putus daripada semua ahli supaya angan2 kite kite nak gi GENTING dan main roller coaster akan menjadi nyata...

0 orang mengomel..:

Post a Comment