Friday, March 27, 2009

Journey to Genting: Part 1


Nak dijadikan ceritera, pada hari ahad bersamaan dengan 22 Mac 2009, ahli2 kelab teknikal kolej keris mas telah pergi ke Genting secara beramai-ramai. Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli yang tidak dapat menghadirkan diri kerana pergi kem di Pulau Pangkor. Aktiviti ini boleh dikatakan sesuatu yang berjaya kerana sebelum nih kalo bnerbincang pasal nak gi Genting je sume main2 je..macam na tak nak je pegi..(haha..) So hari Ahad tu dimulakan dengan mesej daripada saudari Nurul yang mengingatkan ahli kelab supaya bangun dan bersiap kerana ahli2 kelab perlu menunggu bas di kafe pada jam 8 pagi.

Orang yang pertama turun pada hari tu ialah Paan yang bersemangat bajet nak kuar duit dulu sebelum bertolak. Namun nasib Paan agak malang kerana kad b
eliau telah ditelan dengan lahapnye tanpa sebarang amaran oleh mesin ATM kolej keris mas. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana mesin ATM tersebut masih belum bersarapan pagi lagi dan kad Paan menjadi menu pertama 'beliau'. Selepas itu turunlah ahli2 lain seperti Anis, Pika, Nurul, Arif, Hazzy dan Syafiq. Saudara Ismail @ Mail pula akan pergi lewat sedikait kerana beliau terpaksa menghadiri simulasi Softball beliau..(cian Mail..). Paan lak terpaksa pegi dengan poket kosong..(kesian kat Paan tak??)

Selepas beberapa ahli bersarapan, proses penungguan bas pun berlaku..(proses ker??) Tapi apa yang menjadi persoalan ialah kelibat Faiz (pemegang tiket2 ahli kelab) yang masih belum kelihatan. Apabila ditanya, saudara Paan mengatakan bahawa beliau sudah mengejut Faiz dan jawapan daripada beliau ialah: "Dah, aku siap berjogging kat stadium lagi.."(ayat yang sungguh tidak boleh belah..) Rupa-rupanya beliau bangun lewat dan rakan beliau akan menghantar beliau ke Stesen bas Kajang.

Berbalik kepada penungguan bas tadi. Sementara menunggu bas, ahli2 perempuan sibuk pula mengambil gambar.(bese la kan..perempuan...) Penantian menjadi semakin tidak selesa apabila bas Rapid Key Ell yang dirunggu tidak kunjung tiba. Jadi akhirnya ahli2
kelab memutuskan untuk menaiki bas Zon 6 dan turun di luar UKM untuk menunggu bas lain ke Kajang. Namun pagi yang sejuk bertukar menjadi 'panas' apabila pemandu bas terbabit (nama bas dirahsiakan) memandu dengan amat, amat, amat, amat, amat dan amat perlahan. Boleh dikatakan sekiranya ada seekor siput sedut berjalan di sebelah bas itu sambil bersarapan pagi pun masih boleh memotong bas yang dinaiki ahli2 kelab.(ish3...) Sampai sahaja di kolej Zaaba, ahli2 kelab terserempak dengan bas Rapid Key Ell yang ditunggu-tunggu..(bayangkan lembabnye bas Zon 6 tuh..adeyh..). Jadi ahli2 kelab pun turun la di Fkejut untuk menunggu bas Rapid pula. Dengan pemandu bas Rapid yang memandu dengan kelajuan 3x10^8 meter sejam, (pehh..kelajuan cahaya neh..) ahli2 kelab berjaya tiba di Stesen bas kajang pada jam 9 suku pagi. (nasib je sempat, kalo tak nangis da dak2 perempuan..haha..) Sampai di sana pula, ahli2 kelab terpaksa pula menunggu Faiz datang dan saudari Pika pula menderita dengan kakinya yang melecet.(huhu) Sampai sahaja saudara Faiz, ahli2 kelab terus menaiki bas menuju ke Genting, bandar keriangan..(Hoyeah!!)

Berikut merupakan caption2 menarik sepanjang Journey to Genting Part 1:

Mereka yang bergelar wanita masih sempat bergambar



Keresahan ahli2 lelaki menunggu bas


Mereka yang keresahan di dalam bas yang amat perlahan


Akhirnya menaiki bas ke Genting


Arif yang menunjukkan kegembiraan beliau

2 orang mengomel..:

wan arip said...

paan..pastikan citer ni bersambung.lau x siap ko
aku band blog ni..kate blog harammmm..(GM) la plk

Anonymous said...

haha..tengok ah..aku takde mase ah...banyak keje..

Post a Comment